Monday, February 18, 2008

AKTIVITI PIBG TAHUN 1998

PROGRAM PIBG SKTR TAHUN 1998:

11 JULAI 1998 : MESYUARAT AGUNG PIBG SKTR KALI PERTAMA.

i. Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Rimba telah dirasmikan oleh ADUN Sungai Sibuga, YB Dato’ Seri Panglima Musa Bin Haji Aman ( Sekarang YAB KETUA MENTERI SABAH )

ii. Encik Mohamed Joeharry Bin Mohamed Amin (YDP/Pengerusi) dan Encik Harith Ali (Timbalan YDP/Pengerusi) telah dipilih untuk menerajui PIBG SK Taman Rimba.


04 OKTOBER 1998 : GOTONG –ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH.

i. Gotong royong ini merupakan aktiviti julung kali diadakan dan sambutannya amat menggalakkan dan di luar dugaan.

ii. Aktiviti ditumpukan di dalam kawasan sekolah termasuk Kedai SKTR, surau dan membina Bilik PIBG SKTR .






05 NOV 1998 : PENUBUHAN KEDAI SKTR.

i. Kedai SKTR telah dibuka dengan memberi kemudahan untuk ibu bapa membeli peralatan sekolah anak-anak.

ii. Pihak sekolah akan memastikan harga yang ditawarkan berpatutan dan tidak membebankan ibu bapa dan murid-murid.

14 NOV 1998 : MAJLIS MALAM MESRA PIBG SKTR.

i. Majlis Malam Mesra PIBG SK Taman Rimba telah berlansung di Hotel Sanbay dan dirasmikan oleh ADUN Sungai Sibuga, Dato’ Seri Panglima Musa Bin Haji Aman ( SEKARANG YAB KETUA MENTERI SABAH ).

ii. Di dalam ucapannya beliau memuji usaha PIBG SK Taman Rimba yang berusaha mencari sumber kewangannya yang tersendiri semenjak dari penubuhannya pada bulan Julai, 1998.

iii. Majlis menderma sambil berhibur ini bertujuan untuk mengumpul modal Akaun PIBG SKTR supaya dapat menjalankan aktiviti dengan licin.

SUMBANGAN PIBG SK TAMAN RIMBA 1998:
1. Menyumbangkan sebahagian modal Kedai SKTR berjumlah RM2,250.00

2. Mewujudkan bilik PIBG SKTR dengan RM287.70

3. Menyumbangkan kain Langsir, menutup ruang tingkap dan mengecat Pusat Sumber sebanyak RM1,111.00

4. Menyumbangkan minuman untuk ahli PIBG yang datang menjayakan aktiviti gotong royong sebanyak RM100.00

No comments: