Monday, February 18, 2008

AKTIVITI PIBG SKTR TAHUN 2000

01 APRIL 2000 : GOTONG -ROYONG MEMBAIKI JALAN MASUK SKTR.

i. Gotong-royong anjuran PIBG SKTR telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari ahli PIBG.

ii. Aktiviti gotong royong tertumpu di dalam kawasan sekolah dan jalan masuk ke dalam kawasan sekolah.

06 MEI 2000 : MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PIBG KALI KE -2.

i. Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PIBG kali ke 2 telah diadakan untuk melantik Ahli Jawatankuasa PIBG untuk Sessi 2000 – 2002, untuk meneruskan perjuangan PIBG SKTR.

ii. Encik Mohamed Joeharry Bin Mohamed Amin (Pengerusi) dan Encik Harith Ali (Timbalan YDP) telah dilantik untuk menerajui PIBG SK Taman Rimba.

22 JUN 2000 : MESYUARAT AGUNG KHAS PIBG SKTR.

i. Mesyuarat Agung Khas diadakan untuk meluluskan persetujuan ahli PIBG SKTR melancarkan Dana Komputer PIBG SK Taman Rimba.

ii. Pelaburan awal RM100-00 selama dua tahun akan dipulangkan bersama faedah 10% - telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dan diluluskan oleh ahli PIBG yang hadir dengan sebulat suara.





30 OGOS 2000 : SEMBAHYANG SUNAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN.

i. Sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Yassin telah diadakan untuk mendoakan kejayaan calon-calon UPSR 2000.

ii. Sembahyang Sunat Hajat telah diadakan di dewan sekolah dan mendapat sambutan yang baik dari ahli PIBG SK Taman Rimba.

16 SEPT. 2000 : PELANCARAN DANA KOMPUTER.

i. SK Taman Rimba mencipta sejarahnya tersendiri dengan pelancaran Dana Komputer PIBG SKTR.

ii. Majlis telah disempurnakan oleh ADUN Sungai Sibuga, Dato’ Seri Panglima Musa Bin Haji Aman ( SEKARANG YAB KETUA MENTERI SABAH ), yang amat menyokong kuat matlamat dan perjuangan PIBG SK Taman Rimba.

iii. Beliau memuji usaha PIBG SKTR agar membuahkan hasil yang cemerlang demi masa depan generasi baru yang celik IT.

07 OKTOBER 2000 : HARI JOGATHON PIBG SK TAMAN RIMBA.

i. Hari Jogathon PIBG SKTR ini merupakan julung kali diadakan yang bertujuan mengumpul modal untuk membantu pihak sekolah dan aktiviti PIBG SKTR.

ii. Ibu bapa dan guru-guru serta murid-murid memberi sambutan yang menggalakkan terhadap aktiviti ini dan hadiah menarik diberi kepada murid-murid yang berjaya mengumpul RM100.00 ke atas.

iii. Larian Jogathon ini akan menjadi aktiviti tahunan PIBG SK Taman Rimba untuk mengumpul dana dan tabung PIBG SKTR



SUMBANGAN PIBG SK TAMAN RIMBA 2000:

1. Membina pintu pagar kecil untuk pintu masuk murid sebanyak RM2,500.00

2. Membina tapak jalan kaki singkat dari pintu pagar sebanyak RM1.350.00

3. Bumbung tempat letak kereta (garage) guru-guru berjumlah RM4,629.47

4. Mencetak pelekat (sticker) untuk kereta keluar/masuk kawasan sekolah.

5. Mengadakan Kelas Komputer di SK Taman Rimba secara formal.

2 comments:

raB!aH--[RaRa]+__+ said...

::SKTR is my veRy2 fav. scHoOl ..::
::the teAchEr's all arE d beSt!::
::SKTR Boleh!::

♀nurniqmah♀ said...

♀↨♫-da best SKoOl ever...JoIn this skOOL and Be The student Like us...tHis skOOL is thE PerfecT skool..ThAT haVE BEEN ACHIVE EXCELLENCE SkoOL amoNG State..