Monday, February 18, 2008

AKTIVITI PIBG SKTR TAHUN 2005

12 FEBUARI 2005 : MESYUARAT AGUNG KHAS.

i. Mesyuarat Agung Khas PIBG SKTR diadakan untuk meluluskan perbelanjaan melebihi RM10,000.00 untuk membina Stadium Mini PIBG SK Taman Rimba yang dianggarkan RM17,000.00

ii. Majoriti ahli PIBG yang hadir telah sebulat suara memberi persetujuan meluluskan perbelanjaan melebihi RM10,000.00 demi untuk kemudahan anak-anak untuk bersukan dan beriadah.

19 FEBUARI 2005 : GOTONG -ROYONG PERDANA PIBG SKTR.

i. Melibatkan semua ahli PIBG termasuk ibu bapa dan guru serta AJK PIBG yang bertujuan mengertkan hubungan baik sesama ahli

ii. Kawasan padang dan persekitaran sekolah dibersihkan sempena Hari Sukan Tahunan yang akan diadakan di padang sekolah dengan Stadium Mini baru.

19 OGOS 2005 : SEMBAHYANG SUNAT HAJAT

i. Bertujuan untuk mendoakan kejayaan untuk semua calon UPSR dan UPKK 2005 dan semua ibu bapa dijemput hadir, termasuk ibu bapa dan penjaga bukan beragama Islam turut dijemput bersama.






01 OKTOBER 2005 : HARI JOGATHON PIBG SKTR

i. Hari Jogathon PIBG SKTR diadakan untuk menampung perbelanjaan membina Stadium Mini

ii. Hari Jogathon PIBG SKTR diadakan dengan meriah dan beberapa gerai diperuntukkan untuk ahli PIBG berniaga.

SUMBANGAN PIBG SK TAMAN RIMBA 2005:
1. Pembinaan Stadium Mini PIBG SKTR dengan perbelanjaan kasar sebanyak RM18,000.00 selepas beberapa penambahan keselamatan

2. Pembelian lap-top untuk kegunaan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari PIBG SKTR dengan RM3,688.00

3. Pembelian 3 Unit Komputer: Intel Pentium 42.4 GHZ bernilai RM4,800.00 untuk Kelas Komputer PIBG SKTR.

4. Pembelian 2 Unit Komputer: Intel Pentium 42.4 GHZ bernilai RM2,800.00 untuk kegunaan kelas komputer PIBG SKTR.

5. Pembelian 3 Unit colour printer: Epson Stylus C45 bernilai RM540.00

6. Pembelian 2 set UPS bernilai RM420.00

7. Menyumbangkan sebahagian kos bagi pembelian 1 unit Sony DVD Handycam bernilai RM1,405.00

8. Membiayai Kos bagi Majlis Solat Sunat Hajat UPSR dan UPKK sebanyak RM1,000.00.

No comments: