Monday, February 18, 2008

AKTIVITI PIBG SKTR TAHUN 2004

15 MEI 2004 : MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PIBG KALI KE -4
i. Mesyuarat Agong Dwi Tahunan PIBG SK Taman Rimba Kali ke 4 telah diadakan di dewan Sekolah Kebangsaan Taman Rimba.

ii. Encik Mohamed Joeharry Bin Mohamed Amin (Pengerusi PIBG) dan Encik Musa Bin Salleh (Timbalan Pengerusi) dilantik untuk menerajui PIBG SKTR.

24 – 25 JULAI 2004 : KHEMAH MOTIVASI UPSR 2004.

i. Khemah Motivasi anjuran PIBG diadakan untuk semua calon UPSR 2004 dan rasmikan oleh Timbalan YDP, Encik Musa Bin Salleh.

ii. Solat Sunat Hajat turut diadakan untuk kejayaan UPSR dan UPKK 2004. Ibu bapa dan Penjaga murid turut dijemput untuk mendoakan kejayaan anak-anak.

02 OKTOBER 2004 : HARI JOGATHON PIBG SKTR 2004.

i. Hari Jogathon PIBG SK Taman Rimba dirasmikan oleh YB Dato’ Jusli Bin Haji Ajirol (Ahli Parlimen Libaran)

ii. Berjanji untuk membantu PIBG SKTR menghulur peruntukkan membaiki kerosakan jalan di dalam kawasan sekolah.






SUMBANGAN PIBG SK TAMAN RIMBA 2004:

1. Menderma untuk sewa Kompleks Sukan Sibuga sempena Hari Sukan sebanyak RM280.00.
2. Satu set jersi sukan sebanyak RM500.00
3. Pembelian buku aktiviti P & P komputer di dalam Bahasa Inggeris dari Dynabook sebanyak RM2,700.00
4. Pengurangan Yuran Komputer dari RM80.00 kepada RM50.00 untuk sekali pembayaran tahunan manakala RM60.00 untuk pembayaran dua (2) kali
5. Peralatan Bilik Kemahiran Hidup bernilai RM1,260.90
6. Pembinaan pondok pengawal dan rumah sampah berjumlah RM2,700.00
7. Satu (1) unit Penghawa Dingin unuk bilik PIBG SKTR bernilai RM1,540.00
8. Khemah Motivasi UPSR untuk calon-calon UPSR 2004

No comments: