Monday, February 18, 2008

AKTIVITI PIBG SKTR TAHUN 2003

06 APRI 2003 : GOTONG - ROYONG PIBG SKTR.

i. Gotong royong ini melibatkan semua ibu bapa dan guru termasuk AJK PIBG serta dibantu oleh oleh murid-murid.

ii. Kawasan aktiviti gotong royong di persekitaran sekolah dan meratakan jalan masuk ke sekolah.

17 OGOS 2003 : KURSUS FARDHU KIFAYAH PENGURUSAN JENAZAH.

i. Kursus Fardhu Kifayah ini merupakan kursus yang penting dan julung sekali dianjurkan.

ii. Kursus Fardhu Kifayah ini mendapat sambutan yang baik dari ahli PIBG dan disarankan untuk diteruskan setiap tahun.

06 SEPT. 2003 : SOLAT SUNAT HAJAT.

i. Solat Sunat Hajat ini melibatkan semua ibu bapa calon-calon UPSR dan UPKK 2003 bertempat di dewan sekolah.

ii. Solat sunat ini bertujuan untuk mendoakan kejayaan calon-calon agar mendapat keputusan yang cemerlang.






17 OKTOBER 2003 : HARI JOGATHON PIBG SK TAMAN RIMBA.

i. Hari Jogathon PIBG SKTR ini merupakan aktiviti yang meriah dan yang dinanti oleh murid-murid.

ii. Ahli-ahli PIBG juga diberi peluang membuka gerai jualan makanan dan minuman.

iii. Pihak KFC, A & W dan Nestle Production (Milo) juga turut memeriahkan lagi Hari Jogaton PIBG

18 OKTOBER 2003 : MAJLIS MAKAN MALAM & HARI KECEMERLANGAN PIBG

i. Majlis Makan Malam ini melibatkan AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa di dalam bentuk ‘pot luck’ dan barbecue

ii. Murid-murid yang cemerlang di dalam kurikulum dan ko-kurikulum diberi hadiah dan penghargaan oleh pihak sekolah berdasarkan pencapaian terbaik mereka.

SUMBANGAN PIBG SK TAMAN RIMBA 2003:

1. PIBG menyumbangkan peralatan makmal sains berjumlah RM2,914.80

2. Membiayai Pembelian Peralatan sukan bernilai RM100.00

3. Menyumbangkan Pembelian Simen, pasir dan batu-batu untuk jalan masuk bernilai RM700.00

4. Menyumbangkan Lampu Suluh Setempat (Spot Light) dan lampu laluan ke kantin bernilai RM2,300.00 ( mengurangkan kes kecurian di kawasan sekolah.

No comments: