Monday, February 18, 2008

AKTIVITI PIBG SKTR TAHUN 2001

O7 APRIL 2001 : GOTONG –ROYONG PIBG SK TAMAN RIMBA.

i. Gotong royong anjuran PIBG SKTR mendapat sambutan yang menggalakan di kalangan ahlinya

ii. Aktiviti gotong royong di persekitaran sekolah termasuk longkang-longkang dan menanam pokok-pokok bunga yang baru

20 APRIL 2001 : CERAMAH AGAMA SEMPENA MA’AL HIJRAH - 1422H.

i. Ceramah Agama Sempena Sambutan Ma’al Hijrah (1422H) anjuran PIBG SK Taman Rimba telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli PIBG yang beragama Islam agar diadakan setiap tahun.

ii. Ini merupakan aktiviti yang julung sekali diadakan untuk ahli PIBG SKTR yang beragama Islam.

17 JUN 2001 : CERAMAH AGAMA SEMPENA MAULIDUR RASUL

i. Ceramah Agama Sempena Maulidur Rasul pada 25. Rabiul Awal, 1422H telah diadakan di dewan SK Taman Rimba dan mendapat sambutan yang baik dari ahli PIBG yang beragama Islam.

ii. Pengisian dan intipati ceramah telah berjaya memberi pengajaran kepada semua yang hadir.


SUMBANGAN PIBG SK TAMAN RIMBA 2001:

1. Menyumbangkan bayaran sewa Komplek Sukan Sibuga untuk Kejohanan Olahraga SK Taman Rimba sebanyak RM220.00

2. Keceriaan Bilik PIBG sebanyak RM400.00

3. Menyumbangkan Lapan (8) unit khemah untuk aktiviti perkhemahan bernilai RM2,000.00

4. Menyumbangkan 40 pasang baju track atlit SK Taman Rimba bernilai RM1,020.00

5. Menyumbangkan Satu set (1) jersi sukan bernilai RM938.00

6. Membiayai Program transisi untuk Tahun 1 bernilai RM3,000.00

No comments: