Monday, February 18, 2008

AKTIVITI PIBG SKTR TAHUN 1999

PROGRAM PIBG SKTR TAHUN 1999:

06 MAC 1999 : PELANCARAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN

i. Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) telah dilancarkan oleh ADUN Sungai Sibuga, Dato’ Seri Panglima Musa bin Haji Aman ( SEKARANG YAB KETUA MENTERI SABAH )

ii. Pada majlis tersebut beliau telah menyampaikan satu set komputer dan beg-beg sekolah kepada para pelajar yang kurang berkemampuan.


01 MEI 1999 : KURSUS JAYA WARIS

i. Kursus Jaya Waris telah diadakan di dewan sekolah dan dihadiri oleh ahli PIBG dan beberapa penceramah yang berpengalaman telah dijemput.

ii. Kursus ini memberi pendedahan kepada ibu bapa untuk mendidik anak mengikut perubahan masa.

iii. Kebanyakkan ahli PIBG menggesa supaya kursus seperti ini dapat diteruskan.


27 JUN 1999 : GOTONG -ROYONG SEMPENA PASARIA PIBG SKTR.

i. Gotong royong ini tertumpu di tapak Pasaria dengan mendirikan khemah-khemah jualan dan membersihkan kawasan sekolah.

ii. Aktiviti ini mendapat sambutan yang baik dari ahli PIBG SKTR.


03 JULAI 1999 : PASARIA PIBG SK TAMAN RIMBA

i. Pasaria PIBG SK Taman Rimba ini merupakan aktiviti yang julung kali diadakan dan bertujuan untuk menambah modal Akaun PIBG dan Kelas Al-Quran Fardu Ain (KAFA).

ii. Pasaria ini telah dirasmikan oleh ADUN Sungai Sibuga, Dato’ Seri Panglima Musa Bin Haji Aman ( SEKARANG YAB KETUA MENTERI SABAH ).

iii. Pasaria ini telah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat setempat dan ahli PIBG serta berjaya menghasilkan pulangan yang memuaskan dan mampu membiayai perbelanjaan aktiviti PIBG SKTR.

06 DIS 1999 : KONSEP SEKOLAH DALAM RIMBA

i. Konsep Sekolah Di Dalam Rimba ini bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah dengan pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang bersesuai mengikut lanskap sekolah.

ii. Beberapa siri perjumpaan dengan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah telah diadakan dan hasilnya beberapa pokok dan benih pokok telah disumbangkan kepada pihak sekolah.

SUMBANGAN PIBG SK TAMAN RIMBA 1999 :

1. Hasil kutipan Pasaria PIBG sebanyak RM9,866.60
2. Pelancaran Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)

No comments: