Monday, February 18, 2008

AKTIVITI PIBG SKTR TAHUN 2002

04 MEI 2002 : MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PIBG KALI KE 3.

i. Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PIBG SKTR Kali ke -3 diadakan untuk memilih Ahli Jawatankuasa Sessi 2002-2004

ii. Encik Mohamed Joeharry Bin Mohamed Amin (Pengerusi) dan Encik Harith Ali (Timbalan YDP) diberi mandat untuk memimpin PIBG SKTR.


03 OGOS 2002 : SEMINAR PENDIDIKAN KE ARAH KECEMERLANGAN PELAJAR.


i. Seminar Pendidikan Ke Arah Kecemerlangan Pelajar diadakan untuk memupuk usaha jitu antara ibu bapa dan guru bagi memertabatkan lagi pendidikan di SK Taman Rimba.

ii. Pihak ibu bapa akan mengembeling tenaga membantu guru-guru mengenalpasti keupayaan anak-anak.


17 OGOS 2002 : MAJLIS TAHLIL DAN SOLAT SUNAT HAJAT.

i. Majlis Tahlil dan Sembahyang Sunat Hajat diadakan untuk mendoakan kejayaan calon-calon UPSR dan UPKK 2002

ii. Ibu Bapa dan Penjaga murid-murid serta guru-guru dan calon-calon UPSR/UPKK memberi sambutan yang baik untuk aktiviti ini



02 NOV. 2002 : HARI JOGATHON PIBG SK TAMAN RIMBA.

i. Hari Jogathon 2002 dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Timbalan Penguasa Polis Bahagian Sandakan, ACP Tuan Mahsud dan melepaskan semua larian peserta.
ii. Selain gerai jualan ahli PIBG, gerai guru-guru dan KFC turut serta untuk memeriahkan lagi Hari Jogathon PIBG SKTR.


SUMBANGAN PIBG SK TAMAN RIMBA 2002:

1. Menyumbangkan Pembinaan bumbung penghubung yang menyambung Blok A dan Makmal ICT SK Taman Rimba, termasuk simen dan pasir bernilai RM2,222.00

2. Membeli Satu (1) unit komputer untuk kegunaan Setiausaha di bilik PIBG bernilai RM2,500.00

3. Mengadakan Seminar Pendidikan Ke Arah Kecemerlangan Pelajar.

No comments: